Pengiktirafan

Pengiktirafan, Perakuan & Sokongan

Mostwell Sdn. Bhd. telah mendapat pengikrafan-demi-pengikrafan dan sokongan hebat daripada pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan mahupun agensi-agensi swasta. Kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong usaha murni dan matlamat kami. Pengiktirafan yang diberikan ini sangat bererti bagi kami untuk terus melaksanakan misi dan visi Mostwell Sdn. Bhd. untuk kebaikan masyarakat dan Negara.

TEKUN Nasional telah mengiktiraf Mostwell Sdn. Bhd. sebagai Syarikat Rakan Strategik TEKUN bermula pada 26hb November 2009. Kerjasama di antara kedua-belah pihak ini adalah untuk membantu masyarakat memperkasa ekonomi melalui perniagaan dalam bidang kemahiran menjahit. Mostwell Sdn. Bhd. bertanggungjawab menyediakan pakej-pakej mesin jahit bersama latihan kemahiran menjahit, sementara TEKUN Nasional bertindak memberikan pinjaman kepada individu mengikut terma dan syarat. Hasil kerjasama ini telah memudahkan golongan sasar menjana ekonomi dengan baik sehingga melayakkan Mostwell Sdn. Bhd. dianugerahkan Syarikat Rakan Strategik Terbaik TEKUN pada 2013.

tekun 2009 001 Anugerah Syarikat Rakan Strategik 2013 - TEKUN

 

 

 

 

 

 

 

 

Mostwell Sdn. Bhd. sememangnya amat berbangga dengan pengiktirafan dari Golden Bull Award sejak tahun 2010 – 2013 secara konsisten. Ini membuktikan usaha kami semakin mendapat perhatian dan penghargaan banyak pihak.

Akademi Mostwell merupakan akademi terulung di Malaysia dalam bidang Seni Jahitan Kreatif yang telah mendapat Perakuan Pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi sesi 2013-2016. Setiap pelajar di bawah Akademi Mostwell kini diiktiraf setanding dengan institusi profesional yang lain.

Sijil Akademi Mostwell (depan)

Sijil Akademi Mostwell (belakang)

 

 

 

 

 

 

 

 

Sijil-sijil Perakuan yang lain

Surat-surat Sokongan yang lain