Pameran & Demo Seni Jahitan Kreatif DIY

a) Pameran & Demo Seni Jahitan Kreatif DIY

Mempamerkan koleksi dan idea seni jahitan kreatif DIY daripada dalam dan luar negara. Pelbagai kategori pameran diadakan untuk memberi idea produk DIY kepada pengunjung dalam menghasilkan produk DIY berkualiti, berseni, unik dan bernilai. Membuka minda pengunjung – bidang kursus jahitan bukan hanya menjahit pakaian, tetapi boleh menjahit pelbagai keperluan kehidupan, di samping memberi peluang menjana pendapatan yang lumayan.

  • Sudut Kitar Semula – Mengolah kemeja terpakai menjadi apron & mengolah jeans terpakai menjadi sebuah beg. Antara lain, mengguna pakai banner terbuang dalam penghasilan pelbagai beg.

apron                            jeans
Apron dari Kemeja                                      Kursus Jahitan DIY Beg dari Seluar Jeans

  • Sudut Kuilt Bergambar – Memperlihatkan demo bagaimana kuilt bergambar dihasilkan.

potret tunku azizah
Contoh Kursus Jahitan DIY Potret Kuilt Bergambar

  • Sudut Kursus Jahitan DIY Soft Toys & DIY Kids Can Sew – Ruang ini memberi pengalaman dan peluang kepada si kecil belajar menjahit menggunakan mesin jahit Sew Mini. Dua projek mudah diajar dan dipantau oleh tenaga pengajar terlatih.

IMG_9212 copy            IMG_9209 copy(1)
Kursus Jahitan DIY Waist Pocket                       Kursus Jahitan DIY Beg Si Cilik

  • Sudut Kursus Jahitan DIY Seni Batik – Mengangkat keunikan seni batik Malaysia warisan turun temurun. Lihat bagaimana batik dapat diaplikasikan kepada pelbagai jenis keperluan yang mampu menyerlahkan identiti rakyat Malaysia.
  • Sudut Kursus Jahitan DIY Patchwork – Himpunan patchwork yang kreatif, unik dan indah hasil perkongsian pembuat kuilt dari luar negara. Seni patchwork ini termasuklah puluhan DIY hiasan dinding, beg, pakaian mahupun artikel.
  • Sudut Mesin Jahit – Pengunjung berpeluang melihat kehebatan fungsi mesin jahit keluaran Janome seperti mesin serbaguna, mesin jahit tepi dan mesin sulam.
  • Sudut Software & Koleksi Corak Mesin Sulam – Kaunter khas untuk penggemar corak mesin sulam. Tawaran harga yang sangat berbaloi untuk pelanggan EPAL.

mola 2 mola 1 collection collection 25 collection 20
Antara contoh koleksi sulaman – dan banyak lagi…

  • Sudut Fabrik & Aksesori – Menjual pelbagai jenis fabrik dan aksesori untuk para pengunjung.
  • Sudut Fabrik – Memperlihat demo printed fabric, sesi menghias cermin, quilting & coloring, fabric art dan 10 minutes table runner.

Quilting & Coloring                                                    Menghias Cermin
DIY Quilting & Coloring                                            Menghias cermin DIY
Printed Fabric                               10 minutes - Table Runner
Kursus Jahitan DIY Printed Fabric                10 minutes -Kursus Jahitan DIY Table Runner

  • Sudut Kursus Jahitan DIY Pakaian – Pelbagai jenis paten dan fesyen pakaian dipamerkan. Kesemuanya adalah hasil DIY menggunakan teknik jahitan kuilting, patchwork, mola, bobbin work dan lain-lain.
  • Sudut Kursus Jahitan DIY Beg – Terdapat lebih daripada 200 jenis koleksi beg yang dihasilkan melalui jahitan DIY. Setiap beg punyai fungsi, ruang dan material yang berbeza untuk keperluan pelbagai golongan pengguna dan untuk  pelbagai majlis.
  • Sudut Kursus Jahitan DIY Dekor Kediaman – Lihat bagaimana seni jahitan kreatif mampu menyerlah ruang kediaman menjadi hebat dan penuh berseni.
  • Sudut Kursus Jahitan DIY Dekor Meja – Pelbagai idea unik untuk menceriakan ruang meja, khususnya ruang dapur. Ambil tahu mengapa keperluan tisu, suratkhabar dan plastik perlu digantikan dengan fabrik.