Pusat Epal

PUSAT LATIHAN DAN KRAFTANGAN EPAL

Pusat Latihan Kraftangan Epal (Pusat Epal) merupakan anak syarikat Mostwell Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 2001 dengan matlamat utamanya adalah untuk menyebar ilmu dan kemahiran dalam bidang seni jahitan kreatif kepada seluruh masyarakat. Bagi mencapai matlamat ini, Pusat Epal telah membuka kelas seni jahitan kreatif di seluruh negara dan kini Pusat Epal mempunyai 14 cawangan di Malaysia. Melalui 14 cawangan tempatan, Pusat Epal telah berjaya melatih hampir 50 000 orang pelajar untuk menceburi bidang kemahiran seni jahitan kreatif. Penerimaan daripada masyarakat terhadap Pusat Epal ini adalah disebabkan kerana Pusat Epal merupakan sebuah pusat latihan yang lengkap.

Pusat Epal juga sering menaik taraf sistem pembelajaran dari semasa ke semasa mengikut keperluan masyarakat hari ini. Selain pembelajaran di dalam kelas, Pusat Epal juga mempunyai buku rujukan seni jahitan kreatif, video dan e-Learning. Semua medium yang digunakan ini adalah bertujuan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif bagi menghasilkan pencapaian yang maksimum dalam kalangan pelajar.

IMG_0648 IMG_0633
Lace1 IMG_0061