Struktur Pengurusan

STRUKTUR PENGURUSAN

Bahagian Sumber Manusia:

  • Mentadbir dan menyelaras sistem pengurusan syarikat dan pengurusan sumber manusia.
  • Menguruskan hal ehwal pekerja.
  • Merancang dan melaksana peraturan-peraturan yang telah dikuatkuasakan.

  Bahagian Pemasaran & Pembangunan Perniagaan:

  • Mempromosikan jualan produk dan membangunkan pelbagai jenis aktiviti pemasaran.

  Bahagian Penyelidikan & Pembangunan (R&D):

  • Membuat kajian dan mengembangkan teknik jahitan baru serta fungsi mesin jahit untuk Pusat Latihan Kraftangan Epal.
  • Bekerjasama dengan pakar dari Janome untuk mengkaji kursus jahitan dan menghasilkan produk jahitan yang berkualiti tinggi, sistematik dan profesional.
  • Mencipta kit permulaan untuk memudahkan pembelajaran teknik menjahit.

  Bahagian Akaun:

  • Mengendalikan yuran keahlian, kos mesin jahit dan kos bahan-bahan.
  • Mengawal, menyelaras dan memantau perbelanjaan syarikat.
  • Mengeluarkan komisyen bulanan.

  Bahagian Teknologi Maklumat & Komisyen:

  • Menguruskan dan memperbaiki infrastruktur pembangunan sistem maklumat syarikat dengan efektif dan berkesan.
  • Menyimpan dan mengemaskini data maklumat pelanggan.
  • Mengira komisyen bulanan.

  Bahagian Stok:

  • Menjaga, menyelia dan menguruskan sistem pengurusan stor yang efektif dan berkesan.
  • Menghantar produk syarikat kepada pelanggan.

  Bahagian Perkhidmatan Pelanggan:

  • Memberi segala maklumat tentang produk, aktiviti-aktiviti dan promosi syarikat kepada pelanggan.
  • Menerima cadangan dan komen daripada pelanggan terhadap syarikat.
  • Mengambil tindakan terhadap cadangan dan komen yang diberikan oleh pelanggan.