GUINNESS WORLD OF RECORDS

  1. Mostwell merupakan pemegang tiga rekod dunia iaitu Beg Terbesar di Dunia, Menjahit Beramai-ramai Secara Serentak dan Himpunan Bunga Fabrik Paling Banyak di Dunia.
  2. Bertujuan untuk mengangkat martabat seni jahitan kreatif selain memberikan suntikan semangat kepada penggiat seni jahitan untuk meneruskan minat dan kerjaya mereka.
  3. Rekod dunia ini juga dicipta untuk memupuk semangat perpaduan kerana semua yang terlibat adalah terdiri daripada pelbagai latar masyarakat dan kaum di Malaysia termasuk etnik-etnik di Sabah dan Sarawak.
  4. Ribuan penggiat seni jahitan seluruh Malaysia telah terlibat dalam proses mencipta rekod ini dan mereka menerima sijil yang dikeluarkan oleh Guinness World of Records
  5. Sijil ini merupakan pengiktirafan terbesar yang diterima oleh penggiat seni jahitan.
  6. Rekod ini juga merupakan kebanggaan rakyat dan negara Malaysia.
  7. Selain daripada melonjakkan nama Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni walaupun berbilang kaum dan budaya, program ini turut melonjakkan nama-nama penggiat seni jahitan kreatif tempatan. Masyarakat mula mengenali mereka dan juga karya-karya yang mereka hasilkan.
  8.  Untuk program ini, Mostwell telah menanggung kos seperti berikut :
  • Bayaran pendaftaran Guinness World of Records yang menelan belanja yang tinggi.
  • Kos pengangkutan dan penginapan pegawai Guinness World of Records  dari luar negara yang datang ke Malaysia untuk membuat pengesahan.
  • Kos pengangkutan untuk peserta yang terlibat (sewa bas)
  • Kos publisiti untuk membuat hebahan program kepada orang ramai
  • Bayaran sewa premis tempat program berlangsung
  • Kos sewa/beli peralatan yang digunakan sepanjang program berlangsung
  • Kos makan dan minum peserta yang terlibat
  • Kos bahan jahitan seperti fabrik, benang, jarum dan lain-lain. 
  1. Mostwell telah berjaya mencipta banyak Malaysia Book of Records antaranya ialah Sofa Terpanjang di Malaysia dan Himpunan Handmade Bag Terbanyak di Malaysia iaitu sebanyak 8509 buah beg.
  2. Program ini turut melibatkan ribuan penggiat seni jahitan kreatif seluruh negara.
  3. Tujuannya adalah untuk memartabatkan seni jahitan kreatif tempatan selain memberikan suntikan semangat kepada peserta untuk meneruskan minat dan kerjaya mereka dalam bidang seni jahitan.
  4. Program ini telah berjaya melonjakkan nama industri seni jahitan kreatif dan semua penggiat seni yang terlibat juga semakin dikenali dan karya mereka semakin diyakini oleh masyarakat.
  5. Untuk program ini, Mostwell telah menanggung perbelanjaan seperti berikut :
  • Bayaran pendaftaran Malaysia Book of Records
  • Kos publisiti untuk membuat hebahan kepada orang ramai
  • Bayaran sewa premis tempat program dijalankan