KEMPEN KITAR SEMULA “FROM AWARENESS TO BEHAVIOR, FROM WASTE TO WEALTH” (2014 –KINI)

  1. Kempen ini dianjurkan dengan mengutamakan dua komponen iaitu reuse dan restyle.
  2. Untuk reuse, Mostwell telah menganjurkan bengkel menjahit banner terpakai, pakaian dan beg plastik.
  3. Untuk restyle pula, Mostwell telah menjalankan bengkel bagi berkongsikan idea dan teknik mengubah/menghias pakaian lama menjadi yang baru.
  4. Mostwell turut menganjurkan Pertandingan Restyle Pakaian Terpakai dan Pertandingan Inovasi Seni Jahitan Kreatif.
  5. Tujuan program ini adalah untuk mendidik masyarakat agar memaksimumkan penggunaan bahan agar tidak sia-sia disamping menjadi peluang untuk menjana pendapatan dan menjana kreativiti.
  6. Pameran produk kitar semula juga dianjurkan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat.
  7. Program ini telah membantu mengurangkan sisa buangan dari fabrik kerana penggiat seni jahitan telah menggunakan lebihan fabrik dan fabrik lama untuk dijadikan produk baru.
  8. Untuk program ini, Mostwell telah menanggung perbelanjaan seperti berikut :
  • Kos sewa premis untuk membuat pameran produk kitar semula
  • Kos pengangkutan untuk menjalankan kempen
  • Bil telefon untuk komunikasi dengan pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan pusat membeli belah.
  • Kos publisiti untuk membuat hebahan kepada orang ramai
  • Gaji/upah tenaga pengajar yang mengendalikan bengkel jahitan.
  • Kos penyediaan hadiah kepada peserta dan pemenang pertandingan termasuklah wang tunai, mesin jahit, medal dan sijil.