PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN EARN AND LEARN (2018 – KINI)

  1. Diperkenalkan oleh Mostwell bertujuan untuk membantu remaja yang ingin menjadi usahawan dalam bidang didikan kemahiran.
  2. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan terutama daripada graduan kolej. Seramai 22 orang peserta telah menyertainya. 
  3. Peserta ini akan menjalani latihan bersama Mostwell selama 30 bulan.
  4. Setelah tamat latihan, mereka akan diberikan peluang untuk membuka Creative Sewing Studio dan menjadi francais Mostwell.
  5. Program ini memberikan impak terhadap peluang pekerjaan. Remaja kini mempunyai lebih banyak pilihan kerjaya dan peserta program ini dapat mencapai impian mereka untuk menjadi pendidik dan usahawan.
  6. Untuk program ini, Mostwell telah menanggung perbelanjaan seperti berikut :
  • Bayaran elaun sebanyak RM 1100 sebulan kepada setiap peserta selama 30 bulan
  • Kos penginapan peserta (asrama) selama 30 bulan
  • Gaji kakitangan untuk melatih peserta