PROGRAM WE SHARE, WE CARE

  1. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya bengkel jahitan bersama masyarakat orang asli, pelajar sekolah, persatuan penduduk dan orang ramai.
  2. Mostwell juga kongsikan tentang potensi seni jahitan dalam menjana pendapatan untuk membina kehidupan yang lebih berkualiti.
  3. Bertujuan untuk menyebarkan kemahiran seni jahitan dan menjadikannya sebagai salah satu pilihan kerjaya dalam mebina kehidupan yang berkualiti.
  4. Pameran karya seni jahitan kreatif dari dalam dan luar negara juga turut dijalankan supaya masyarakat dapat melihat keindahan seni jahitan kreatif.
  5. Untuk menjalankan program ini, Mostwell telah menanggung perbelanjaan seperti berikut :
    • Gaji/upah tenaga pengajar yang mengendalikan taklimat dan bengkel jahitan.
    • Kos pengangkutan ke kampung-kampung orang asli, sekolah dan lain-lain tempat untuk mengadakan aktiviti bersama mereka.
    • Bayaran sewa tapak pameran.
    • Bil telefon untuk tujuan komunikasi bersama pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli, Pejabat Pendidikan Daerah dan lain-lain.