SEWING WORLD GALLERY (2016 – KINI)

  1. Galeri ini ditubuhkan oleh Mostwell dan merupakan galeri seni jahitan kreatif yang pertama di Asia
  2. Galeri ini menempatkan ribuan karya seni jahitan kreatif dari dalam dan luar negara.
  3. Galeri ini ditubuhkan bertujuan untuk berkongsi idea kepada masyarakat disamping membantu penggiat seni jahitan mendapatkan idea-idea baru untuk menghasilkan produk/karya.
  4. Galeri ini telah menerima lawatan sambil belajar daripada kolej yang menawarkan kursus jahitan seperti Kolej Komuniti, Kolej Vokasional dan UITM. Banyak NGO juga telah melawat galeri ini untuk mencari kekuatan/peluang bagi membantu ahli mereka membina kehidupan yang lebih baik dalam bidang kemahiran jahitan. 
  5. Juga turut menyediakan bengkel jahitan kepada pengunjung.
  6. Selain itu, galeri ini turut menyediakan ruang jualan kepada penggiat seni untuk menjual produk mereka.
  7. Galeri ini tidak mengenakan apa-apa bayaran tiket untuk masuk.
  8. Selain daripada memberikan impak kepada industri jahitan, galeri ini turut memainkan peranan dalam industri pelancongan kerana menjadi salah satu destinasi wajib kunjung oleh pelancong dan merupakan daya tarikan pelancongan di sekitar USJ.
  9. Mostwell telah menanggung semua kos operasi galeri ini termasuklah gaji kakitangan dan bayaran bil elektrik, penghawa dingin, air dan lain-lain.