Profil

Mostwell Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada Pusat Latihan Kraftangan Epal (Pusat Epal) telah ditubuhkan pada tahun 1987 dengan menjalankan perniagaan yang cenderung kepada jualan langsung peralatan elektrik antaranya ialah mesin jahit. Setelah bertahun lamanya menjalankan perniagaan ini, pihak pengurusan memutuskan untuk menubuhkan anak syarikat iaitu Pusat Epal setelah menyedari ramai pelanggannya kurang mahir menggunakan fungsi-fungsi mesin jahit. Pusat epal yang menawarkan kursus seni jahitan kreatif secara percuma ini memberikan peluang kepada semua pelanggan Mostwell untuk merasai kenikmatan mesin jahit mereka.

                Penubuhan Pusat Epal juga telah membawa halatuju yang baru kepada Mostwell Sdn Bhd. Kini, perniagaan Mostwell tidak lagi cenderung kepada jualan langsung tapi telah berarah kepada sektor pendidikan dengan menawarkan kursus seni jahitan kreatif kepada seluruh peringkat masyarakat. Usahasama yang dijalankan bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran telah memberikan peluang kepada Mostwell untuk menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1 dan 2 dalam bidang seni jahitan kreatif. Akedemi Mostwell juga telah ditubuhkan selaras dengan bidang pendidikan berasaskan kemahiran yang diceburi.

epaldiy launch malay empty-done