Pusat Epal

PUSAT LATIHAN DAN KRAFTANGAN EPAL

Pusat Epal Kota Raya merupakan yang pertama ditubuhkan pada tahun 2001 dengan tujuan menawarkan Seni Kursus Jahitan Kreatif melalui pengaplikasian teknik-teknik jahitan seperti patchwork, kuilting, sulam tampal (appliqué), sulaman dan sebagainya demi memenuhi keperluan masyarakat untuk mahir dalam menjahit pakaian, beg, kasut, kraftangan, hiasan rumah dan sebagainya.

Dalam usaha menyokong dan mendorong manusia untuk membina keluarga yang lebih bahagia dan sejahtera melalui kreativiti seni jahitan kreatif, Pusat Epal pada hari ini mempunyai 16 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Demi memperluas perkembangan perniagaan, Pusat Epal turut membuka 2 cawangan di Indonesia yang melibatkan bandar Jakarta-Utara dan Jakarta-Selatan.

Aktiviti-aktiviti dan Kursus Jahitan ini dijalankan di dalam dan di luar Pusat EPAL. Ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang fleksibel dan memudahkan pelanggan mendekati EPAL. Di Pusat Epal, kami memberikan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:

  • Beroperasi pada setiap hari (7 hari seminggu) kecuali pada cuti umum yang tertentu:
    Isnin – Sabtu  :  Jam 10.00 pagi – Jam 7.00 petang
                Ahad  :  Jam 10.00 pagi – Jam 6.00 petang
  • Mempunyai tenaga pengajar yang mahir, terlatih dan berpengalaman.
  • Kelas berhawa dingin.
  • Kursus Tambahan.
  • Kursus Jahitan Percuma.
  • Boleh menyertai pelbagai aktiviti menjahit yang dianjurkan oleh Pusat EPAL seperti Pertandingan Menjahit, Cabutan Bertuah, Menjahit sambil beramal, Menjahit bersama pakar dari luar negara dan lain-lain.
  • Menjemput rakan-rakan dan ahli keluarga membina peluang perniagaan.

IMG_0648 IMG_0633
Lace1 IMG_0061