SEARCHING FOR THE STAR (2017 – KINI)

  1. Bertujuan untuk membantu wanita daripada kumpulan ibu tunggal, pesara, OKU dan asnaf menjana pendapatan melalui bidang jahitan.
  2. Terdapat dua kumpulan peserta yang menyertai program ini iaitu (1) peserta yang tiada kemahiran dan peralatan jahitan dan (2) peserta yang ingin menambah kemahiran.
  3. Peserta yang tiada kemahiran dan peralatan jahitan akan dibekalkan sebuah mesin jahit dan bengkel jahitan.
  4. Setiap peserta akan menjalani kursus menjahit sebanyak enam sesi dan diberikan latihan keusahawanan di Handmade Market
  5. Setiap peserta juga akan diberikan sebuah mesin jahit serbaguna untuk mereka hasilkan produk.
  6. Mereka juga diberikan upah untuk menyiapkan tempahan yang diterima Mostwell.
  7. Melalui program ini, 60% peserta sudah mampu menjana pendapatan melalui hasil jualan produk mereka untuk membantu menyara kehidupan sekeluarga.
  8. Untuk program ini,Mostwell telah menanggung perbelanjaan seperti berikut
  • Gaji tenaga pengajar untuk menjalankan bengkel
  • Kos bahan jahitan
  • Kos mesin jahit yang diberikan kepada setiap peserta.