Pengasas Epal

SEPATAH KATA SEULAS BICARA

fully

Fully Chye Goet Lee
Pengerusi Pusat Latihan dan Kraftangan Epal

Kepada semua pengunjung setia laman sesawang Epal, apa khabar anda semua? Semoga kalian sihat sejahtera dan semakin bersemangat meneruskan perjuangan dan cita-cita dalam kehidupan yang mencabar hari ini.

Bermula April ini, atas sokongan pelbagai peringkat umur dan komuniti, Mostwell telah melancarkan laman sesawang khas www.epalstore.com.my untuk pembelian peralatan jahitan dan mesin jahit  bagi menggantikan e’store (blogspot) sebelum ini. Menerusi epalstore ini, pengguna alam maya juga mendapat peluang untuk memuat-turun acuan dan belajar menjahit langkah-demi-langkah menerusi video. Semua ini diberi secara percuma untuk semua VIP dan bukan VIP. Anda boleh klik pada ikon imej di bawah untuk mengetahui apa yang kami maksudkan.

epalstore banner

Untuk makluman semua, Epal Mobile (Pusat Epal Bergerak) telah bertukar wajah dan turut  diberi penjenamaan semula. Kenderaan Epal Mobile akan menemui masyarakat di karnival-karnival, kawasan-kawasan perumahan khususnya pendalaman dan perkampungan demi menyebarkan kemahiran menjahit dan kebaikan seni jahitan kreatif. Diharapkan segala yang dicurahkan akan memberikan manfaat yang berterusan kepada masyarakat dalam mencintai seni jahitan kreatif.

Sempena sambutan Hari Ibu pada bulan Mei ini, saya ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insan bergelar Ibu, Mama, Ummi dan seangkatannya. Semoga anda semua diberikan kesejahteraan hidup yang baik dan bahagia bersama keluarga.

Salam Manis dari Epal,
Puan Fully Chye.