PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI (2011 – KINI)
- Melibatkan beberapa kampung orang asli antaranya Kampung Orang Asli Semelor, Desa Damai, Sungai Tiang, Kemar, Kg Sg Tidung Sungkai dan Kg Ulu Jelintoh Sungkai dan Kg Bukit Cermin Kuala Kangsar.
- Mostwell memberikan pendedahan tentang dunia seni jahitan kreatif dengan menganjurkan taklimat, bengkel jahitan, bengkel servis mesin jahit dan latihan keusahawanan
- Mostwell turut menambah nilai produk kraftangan orang asli untuk dikormesilkan agar mereka tidak bergantung kepada hasil hutan semata-mata.
- Selain itu, Mostwell turut melatih orang asli untuk menjadi pelatih agar mereka dapat melatih komuniti mereka sendiri dalam bidang jahitan.
- Tujuan adalah untuk meningkatkan minat masyarakat orang asli dalam dunia jahitan selain membantu pemasaran bagi mengelakkan penindasan pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab.
- Mostwell turut membawa sekumpulan orang asli melawat Sewing World Gallery.
- Impak program ini, kini terdapat beberapa orang asli yang menjadi usahawan dalam bidang jahitan dan ada diantara mereka sudah membuka kelas jahitan untuk melatih orang asli yang lain.
- Mereka juga kini tidak lagi terlalu bergantung kepada hasil hutan untuk menyara kehidupan. Kaum ibu turut membantu keluarga dalam mencari wang untuk menyara kehidupan melalui jualan kraftangan yang mereka hasilkan.
- 9. Sepanjang program bersama orang asli, Mostwell telah menanggung perbelanjaan seperti berikut :
– Gaji/upah tenaga pengajar
– Kos pengangkutan
– Kos bahan jahitan