PROGRAM BERSAMA SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

  1. Program ini bertujuan untuk membantu golongan pelajar yang berkeperluan khas berdikari dan mengurangkan kadar kebergantungan kepada orang lain.
  2. Sekolah yang terlibat antaranya SMK Bukit Jana Taiping, SMK Pengkalan Aur dan SMK Sultan Yusuf Batu Gajah
  3. Ada diantara peserta ini kini telah bergelar usahawan dan telah membuka bengkel jahitan sendiri contohnya Bengkel Jahitan Aisyah Enterprise di Taiping yang mana kini bukan sahaja mengambil tempahan tetapi juga melatih golongan OKU lain.
  4. Program ini mampu membolehkan peserta belajar berdikari mendapat latihan kemahiran tambahan dan membantu pelajar OKU bergaul dengan masyarakat.
  5. Para guru mengakui program ini mampu membantu mereka mengenalpasti kebolehan dan kemahiran setiap pelajar
  6. Mostwell juga membangunkan unit RND untuk mencipta produk yang sesuai mengikut kapasiti peserta dan menggalakkan guru pendidikan khas untuk mempelbagaikan hasil produk agar menjadi lebih kreatif lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  7. Program ini juga menjadi penanda aras dan amalan terbaik dimana sekolah ini sering menjadi rujukan serta menjadi tempat lawatan sambil belajar oleh sekolah dan NGO berkaitan OKU dan Masyarakat.
  8.  Selain sekolah, Mostwell turut menjalankan program yang sama bersama Ray of Hope, Day Brake, Bengkel Semangat Maju Taiping, Bengkel Semangat Maju Ipoh, Persatuan Bina Kerjaya Perak dan Persatuan Pembangunan Ekonomi Wanita Perak.
  9. Untuk menjalankan program ini, Mostwell telah menanggung perbelanjaan seperti berikut :
  • Gaji/upah tenaga mengajar yang menjalankan kelas di sekolah
  • Kos pengangkutan
  • Kos bahan jahitan