HANDMADE MARKET ( 2010 – KINI)

  1. Bertujuan untuk membimbing, melatih dan menyokong sekumpulan ibu tunggal, suri rumah, pesara, belia, OKU, orang asli, asnaf dan penggiat seni jahitan untuk menjana pendapatan melalui bidang keusahawanan.
  2. Handmade Market memberikan peluang kepada peserta (Perintis) untuk menghasilkan produk dirumah selama 3 bulan dan menjalankan aktiviti jualan selama 5 hari di pusat membeli belah
  3. Konsep ini dapat memberikan keseimbangan diantara kerjaya dan keluarga.
  4. Mostwell turut membangunkan unit RND untuk mengkaji produk-produk yang sesuai dijual di Handmade Market dan memberi latihan kepada Perintis untuk menghasilkan produk.
  5. Impak program ini, Mostwell telah berjaya menganjurkan Handmade Market terbesar di Malaysia yang melibatkan 200 orang Perintis dan mereka berjaya menjana pendapatan melebihi RM sehari.
  6. Kini Handmade Market dikenali dengan nama The Tunku Azizah Handmade Market dan dilaksanakan setiap hari Sabtu dan Ahad pada minggu kedua dan keempat di Skt Park@ One City.
  7. Untuk program ini, Mostwell telah menanggung perbelanjaan seperti berikut :
  • Gaji kakitangan yang menguruskan program
  • Gaji kakitangan yang menjalankan bengkel jahitan
  • Gaji kakitangan unit RND dan kos operasi unit ini termasuk bahan jahitan
  • Kos pengangkutan menghadiri mesyuarat bersama pegawai pusat membeli belah
  • Bil telefon
  • Kos publisiti