Bertujuan untuk
memberikan sokongan kepada Perintis baru agar mereka dapat meneruskan
perniagaan di Handmade Market.
Setiap mentee akan
mempunyai mentor untuk membantu mereka menguruskan perniagaan selain berkongsi
idea dan pandangan.
Mentee juga akan
mengikuti kursus pengiraan kos dan bengkel jahitan untuk menajamkan lagi
kemahiran mereka.
Melalui program ini,
Perintis dapat meletakkan harga yang tepat untuk produk mereka supaya dapat
mengelakkan kerugian selain cara menyusun booth mereka agar kelihatan menarik
dan kemas.
Untuk program ini,
Mostwell telah menanggung perbelajaan seperti berikut :
Gaji tenaga pengajar untuk mengendalikan kursus dan bengkel.
Kos bahan jahitan untuk menjalankan bengkel jahitan.