AKTIVITI PUSAT EPAL
Pusat EPAL sentiasa mengadakan pelbagai bentuk kursus jahitan dan aktiviti menjahit sama ada di dalam mahupun di luar Pusat EPAL dari masa ke semasa. Aktiviti yang dijalankan di seluruh Pusat EPAL di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Indonesia ini juga sering mendapat kerjasama yang melibatkan badan-badan kerajaan dan juga badan bukan kerajaan.
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menyebarkan kebaikan dan kepentingan kemahiran menjahit kepada masyarakat, selain berkongsi ilmu seni jahitan kepada peminat seni jahitan kreatif yang semakin mendapat perhatian. Semoga aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini bakal memberikan manfaat yang berguna untuk semua rakyat Malaysia.
_________________________________________________________________
Klik di sini untuk aktiviti-aktiviti
Pameran Evolusi Seni Jahitan Kreatif
KONVENSYEN - PAMERAN EVOLUSI SENI JAHITAN KREATIF 2013
Tema: “Semangat Si Bunga Matahari, Perjuangan Belum Selesai”
Perasmi: YB. Puan Hajah Nancy Shukri (Representative – DYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj).
Maklumat Selanjutnya....