Struktur Pengurusan
STRUKTUR PENGURUSAN
Bahagian Sumber Manusia:
- Mentadbir dan menyelaras sistem pengurusan syarikat dan pengurusan sumber manusia.
- Menguruskan hal ehwal pekerja.
- Merancang dan melaksana peraturan-peraturan yang telah dikuatkuasakan.
Bahagian Pemasaran & Pembangunan Perniagaan:
- Mempromosikan jualan produk dan membangunkan pelbagai jenis aktiviti pemasaran.
Bahagian Penyelidikan & Pembangunan (R&D):
- Membuat kajian dan mengembangkan teknik jahitan baru serta fungsi mesin jahit untuk Pusat Latihan Kraftangan Epal.
- Bekerjasama dengan pakar dari Janome untuk mengkaji kursus jahitan dan menghasilkan produk jahitan yang berkualiti tinggi, sistematik dan profesional.
- Mencipta kit permulaan untuk memudahkan pembelajaran teknik menjahit.
Bahagian Akaun:
- Mengendalikan yuran keahlian, kos mesin jahit dan kos bahan-bahan.
- Mengawal, menyelaras dan memantau perbelanjaan syarikat.
- Mengeluarkan komisyen bulanan.
Bahagian Teknologi Maklumat & Komisyen:
- Menguruskan dan memperbaiki infrastruktur pembangunan sistem maklumat syarikat dengan efektif dan berkesan.
- Menyimpan dan mengemaskini data maklumat pelanggan.
- Mengira komisyen bulanan.
Bahagian Stok:
- Menjaga, menyelia dan menguruskan sistem pengurusan stor yang efektif dan berkesan.
- Menghantar produk syarikat kepada pelanggan.
Bahagian Perkhidmatan Pelanggan:
- Memberi segala maklumat tentang produk, aktiviti-aktiviti dan promosi syarikat kepada pelanggan.
- Menerima cadangan dan komen daripada pelanggan terhadap syarikat.
- Mengambil tindakan terhadap cadangan dan komen yang diberikan oleh pelanggan.