Bertujuan untuk memulihkan semangat disamping mengasah bakat banduan sebagai persiapan buat mereka untuk memulakan hidup baru.
Banduan penjara terlibat secara langsung ketika Mostwell mencipta Malaysia Book of Records Sofa Terpanjang di Malaysia dan tema sofa tersebut ialah “Jika diberi peluang, semua orang boleh menyumbang” bersesuaian dengan keadaan banduan di penjara yang ingin memulakan kehidupan yang baru.
Mereka juga terlibat sama ketika mencipta Guinness World of Records untuk Hiasan Bunga Fabrik Paling Banyak di Dunia.
Mostwell juga turut membayar upah kepada banduan penjara ini untuk menyiapkan projek jahitan mereka. Upah yang diberikan dapat membantu mereka memulakan kehidupan yang baru selepas tamat menjalani hukuman.
Program bersama banduan ini telah memberikan impak kepada mereka. Mereka kini lebih bersemangat untuk berubah dan kini mempunyai hala tuju yang lebih jelas dalam membina kerjaya selepas tamat menjalani hukuman.
Untuk aktiviti bersama banduan penjara ini, Mostwell telah menanggung perbelanjaan seperti berikut :
Gaji/upah tenaga pengajar yang mengajar banduan di penjara.
Bayaran upah kepada banduan untuk menyiapkan projek jahitan mereka.
Kos pengangkutan tenaga pengajar dan kakitangan Mostwell ke Penjara Malaysia untuk membuat perbincangan (beberapa perbincangan telah dijalankan di Penjara Malaysia).
Bil telefon yang digunakan untuk komunikasi
Kos publisiti untuk membuat hebahan kepada orang ramai.