PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI (2011 – KINI)

  1. Melibatkan beberapa kampung orang asli antaranya Kampung Orang Asli Semelor, Desa Damai, Sungai Tiang, Kemar, Kg Sg Tidung Sungkai dan Kg Ulu Jelintoh Sungkai dan Kg Bukit Cermin Kuala Kangsar.
  2. Mostwell memberikan pendedahan tentang dunia seni jahitan kreatif dengan menganjurkan taklimat, bengkel jahitan, bengkel servis mesin jahit dan latihan keusahawanan
  3. Mostwell turut menambah nilai produk kraftangan orang asli untuk dikormesilkan agar mereka tidak bergantung kepada hasil hutan semata-mata.
  4. Selain itu, Mostwell turut melatih orang asli untuk menjadi pelatih agar mereka dapat melatih komuniti mereka sendiri dalam bidang jahitan.
  5. Tujuan adalah untuk meningkatkan minat masyarakat orang asli dalam dunia jahitan selain membantu pemasaran bagi mengelakkan penindasan pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab.
  6. Mostwell turut membawa sekumpulan orang asli melawat Sewing World Gallery.
  7. Impak program ini, kini terdapat beberapa orang asli yang menjadi usahawan dalam bidang jahitan dan ada diantara mereka sudah membuka kelas jahitan untuk melatih orang asli yang lain.
  8. Mereka juga kini tidak lagi terlalu bergantung kepada hasil hutan untuk menyara kehidupan. Kaum ibu turut membantu keluarga dalam mencari wang untuk menyara kehidupan melalui jualan kraftangan yang mereka hasilkan.
  9. 9.     Sepanjang program bersama orang asli, Mostwell telah menanggung perbelanjaan seperti berikut :

            – Gaji/upah tenaga pengajar

            – Kos pengangkutan

            – Kos bahan jahitan