Skip to content
- Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk memberikan kemahiran seni jahitan kepada para pelajar Henry Gurney agar mereka mempunyai lebih banyak peluang pekerjaan pada masa akan datang.
- Para pelajar ini juga diberikan peluang untuk berkhidmat bersama Mostwell selepas selesai menamatkan pengajian mereka disana.
- Mostwell telah menjalankan kursus jahitan bersama mereka selama enam bulan.
- Mostwell juga telah menaja lima buah mesin jahit serbaguna kepada sekolah Henry Gurney untuk kegunaan mereka.
- Program ini memberikan impak yang positif kepada pelajar. Mereka berasa terharu atas keprihatinan Mostwell terhadap masa depan mereka. Mereka kini nekad untuk membaiki diri dan mempunyai hala tuju yang lebih jelas untuk masa akan datang.
- Dalam program ini, Mostwell telah menanggung perbelanjaan seperti berikut :
- Gaji/upah tenaga pengajar untuk mengendalikan bengkel jahitan
- Kos lima buah mesin jahit beserta dengan kos penyelenggaraan/servis.
- Kos pengangkutan
- Kos bahan jahitan