Program ini bertujuan untuk membantu golongan pelajar yang berkeperluan
khas berdikari dan mengurangkan kadar kebergantungan kepada orang lain.
Sekolah yang terlibat antaranya SMK Bukit Jana Taiping, SMK Pengkalan
Aur dan SMK Sultan Yusuf Batu Gajah
Ada diantara peserta ini kini telah bergelar usahawan dan telah membuka
bengkel jahitan sendiri contohnya Bengkel Jahitan Aisyah Enterprise di Taiping
yang mana kini bukan sahaja mengambil tempahan tetapi juga melatih golongan OKU
lain.
Program ini mampu membolehkan peserta belajar berdikari mendapat
latihan kemahiran tambahan dan membantu pelajar OKU bergaul dengan masyarakat.
Para guru mengakui program ini mampu membantu mereka mengenalpasti
kebolehan dan kemahiran setiap pelajar
Mostwell juga membangunkan unit RND untuk mencipta produk yang sesuai
mengikut kapasiti peserta dan menggalakkan guru pendidikan khas untuk
mempelbagaikan hasil produk agar menjadi lebih kreatif lagi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Program ini juga menjadi penanda aras dan amalan terbaik dimana
sekolah ini sering menjadi rujukan serta menjadi tempat lawatan sambil
belajar oleh sekolah dan NGO berkaitan OKU dan Masyarakat.
Selain sekolah, Mostwell turut
menjalankan program yang sama bersama Ray of Hope, Day Brake, Bengkel
Semangat Maju Taiping, Bengkel Semangat Maju Ipoh, Persatuan Bina Kerjaya
Perak dan Persatuan Pembangunan Ekonomi Wanita Perak.
Untuk menjalankan program ini, Mostwell telah menanggung
perbelanjaan seperti berikut :
Gaji/upah tenaga mengajar yang menjalankan kelas di sekolah