Aktiviti

AKTIVITI PUSAT EPAL

Pusat EPAL sentiasa mengadakan pelbagai bentuk kursus jahitan dan aktiviti menjahit sama ada di dalam mahupun di luar Pusat EPAL dari masa ke semasa. Aktiviti yang dijalankan di seluruh Pusat EPAL di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Indonesia ini juga sering mendapat kerjasama yang melibatkan badan-badan kerajaan dan juga badan bukan kerajaan.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menyebarkan kebaikan dan kepentingan kemahiran menjahit kepada masyarakat, selain berkongsi ilmu seni jahitan kepada peminat seni jahitan kreatif yang semakin mendapat perhatian. Semoga aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini bakal memberikan manfaat yang berguna untuk semua rakyat Malaysia.

_________________________________________________________________

Klik di sini untuk aktiviti-aktiviti

Event Information:

  • Fri
    07
    Mar
    2014
    Sun
    27
    Apr
    2014

    Roadshow Fabric & Accessories

    Pusat Epal seluruh Malaysia

    Roadshow Fabrik & Aksesori sedang dijalankan di seluruh Pusat Epal. Selain aktiviti jualan fabrik dan aksesori, para pengunjung diperlihatkan demo untuk mempelbagaikan kain batik & kain border menjadi variasi paten yang unik dan menarik. Ahli VIP dan juga bukan VIP dijemput hadir. Masuk adalah percuma. Jadual Roadshow adalah seperti di bawah:

    MAP = 7 & 8/3/2014
    Kota Raya = 15 & 16/3/2014
    Johor Bahru = 21 & 22/3/2014
    Melaka = 29 & 30/3/2014
    Pulau Pinang = 3–6/4//2014
    Klang = 5 & 6/4/2014
    Tawau = 11 & 12/4/2014
    Kota Kinabalu = 13 & 14/4/2014
    Kota Bharu = 17 – 18/4/2014
    Puchong = 19 & 20/4/2014
    Kuching = 26 & 27/4/2014