Kursus Jahitan DIY Baby Bib & Shoes

1. Kursus Jahitan DIY Baby Bib & Shoes – Kursus jahitan DIY ini menjadi budaya di Negara Jepun, tidak kira apa jua status seorang ibu itu samada wanita yang berkerjaya profesional atau sebaliknya, mereka lebih cenderung menjahit sendiri keperluan untuk bayi yang bakal dilahirkan. Bagi mereka, ianya lebih bermakna dan lebih menunjukkan kasih sayang yang tulus ikhlas daripada seorang ibu. Ini bukanlah untuk menafikan bahawa ibu-ibu di Malaysia tidak menyayangi anak-anak mereka. Kami di EPAL cuma ingin memberikan anda suatu konsep yang baru dalam menzahirkan kasih sayang.  Ianya tidak terhad untuk ibu kepada anak sahaja, anda juga boleh menjahitnya sebagai hadiah untuk anak-anak kenalan atau mungkin juga buat cucu kesayangan!

Poster-kursus-jahitan-DIY-baby-bit.jpg