Pengasas Epal

SEPATAH KATA SEULAS BICARA

fully

Fully Chye Goet Lee
Pengarah Pusat Latihan dan Kraftangan Epal

Salam sejahtera.

Selamat datang ke laman sesawang Pusat Epal yang merupakan gerbang untuk menyampaikan maklumat mengenai visi, misi, dan perkembangan Pusat Epal dan perkhidmatan yang disediakan untuk kumpulan sasar secara khususnya dan orang ramai secara amnya.

Sebagai sebuah syarikat yang memegang konsep Social Entrepreneurs, kami percaya bahawa memakmurkan masyarakat disekeliling adalah merupakan satu konsep perniagaan yang paling banyak memberikan manfaat. Dengan matlamat Social Entrepreneurs ini, kami telah cuba mengembalikan semula keuntungan kepada masyarakat dengan menjalankan pelbagai program seperti The Tunku Azizah Handmade Market, Searching for the Star, bengkel-bengkel jahitan percuma dan pelbagai program lagi.

Tahun 2019, dengan slogan “Memperkasa Wanita 4K (Keluarga, Kerjaya, Kesihatan dan Kemasyarakatan), Pusat Epal akan bergerak dengan lebih proaktif agar slogan ini dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan memberikan impak yang positif. Oleh itu, sokongan orang ramai amatlah kami perlukan.

Akhir kata, terima kasih saya ucapkan kepada anda semua yang mengunjugi laman sesawang kami ini. Teruslah ikuti perkembangan kami dari masa ke masa dan sekiranya anda mempunyai cadangan, silalah hubungi kami. Cadangan yang diberikan amatlah kami hargai.

Sekian terima kasih.

Puan Fully Chye Goet Lee

Pengarah Urusan